Tawaran pakej yang menarik serta kemampuan membeli telah mendorong kepada kebanjiran computer tablet dan smartphone di dalam masyarakat Malaysia. Kadar
penembusan pemilikan telefon mudah alih di Malaysia telah mencapai lebih dari
140%. Ini menunjukkan secara purata ramai rakyat Malaysia yang memiliki lebih
dari 2 telefon. Daripada jumlah tersebut diyakini hampir kesemuanya memiliki smartphone. Jika dilihat dari segi aspek
ekonomi, data tersebut telah menunjukan satu petanda positif kepada
perkembangan sector ICT di Malaysia. Selari dengan perkembangan tersebut, platform media sosial seperti
Facebook, Twitter dan Instagram juga telah wujud yang secara langsung telah memberi kesan kepada lifestyle rakyat di Malaysia.
Dari segi virtual, situasi ini telah akan menjadikan rakyat Malaysia lebih akrab dan mudah dihubungi melalui perhubungan di alam maya. Penyebaran maklumat telah menjadi lebih pantas mudah diperolehi. Cara bekerja juga lebih fleksibel dengan tanpa perlu sentiasa berada di pejabat.
TETAPI realitinya persekitaran tersebut sebenarnya telah merenggangkan perhubungan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Anak-anak lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan di Facebook. Ibu bapa sentiasa dengan ipad atau netbook bagi membalas email-email di pejabat.
Contoh yang paling jelas ialah di kedai makan. Berdasarkan pemerhatian mata kasar di kedai-kedai makan, saya sangat seronok melihat satu keluarga besar makan bersama di kedai. TETAPI apa yang saya lihat tidak menggambarkan suasana sebenar keluarga tersebut. Walaupun dari segi fizikal mereka duduk bersama satu meja, tetapi sebenarnya hati dan fikiran masing-masing bersama dengan rakan masing-masing. Ia nya berlaku kerana:
Si anak Sulung – sedang
ber’Facebook’ dan comment gambar atau post rakan-rakan
Si Ayah – sedang berbalas email
dengan rakan pejabat
Si ibu – sedang ber’Whatsapp’ dengan group chat di pejabat
Si ibu – sedang ber’Whatsapp’ dengan group chat di pejabat
Semuanya kerana setiap ahli didalam keluarga tersebut memiliki smartphone atau computer table. Anak-anak lebih gemar berkomunikasi dan bermain game dengan rakan-rakan di alam maya berbanding berborak atau berjenaka dengan ibu atau bapa yang berada di depan mata. Manakala ibu dan ayah sibuk dengan urusan pejabat masing-masing. Tidak salah sebenarnya memiliki atau menggunakan gajet-gajet tersebut tetapi, bapa sebagai ketua keluarga perlu memainkan peranan bagi mengawal pengunaan gajet elektornik yang boleh memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan. Sebagai contoh bapa perlu menetapkan syarat penggunaan telefon atau apa gajet eletronik tidak dibenarkan ketika di meja makan. Jangan sampai satu hari anak-anak lebih sayangkan smartphone atau computer table berbanding ibu dan bapa.
No comments:
Post a Comment