Menjengah ke belakang ketika berjalan...
Ketika kita
sedang berjalan laju ke hadapan, adalah penting untuk kita toleh ke belakang
sedikit bagi memastikan kita terus laju berjalan. Kita perlu toleh dan melihat
balik dari mana kita datang dan asal usul kita.
Kita juga perlu melihat orang
yang telah mengajar kita berjalan dan orang yang telah kita tinggalkan.
Tanya
khabar dan bantu mereka supaya sama-sama
dapat berjalan seperti kita.
Kerana kebahagian akan dapat dicapai sekiranya
kita dapat berjalan bersama-sama dan beramai-ramai. Tidak guna sekiranya kita
berjalan laju tetapi kita berjalan sorang-sorang tanpa teman.
No comments:
Post a Comment