Monday, 30 September 2013
Sunday, 29 September 2013
KUD PUTRAJAYA CYCLING 2013
Acara kayuhan kali ini melibatkan kayuhan sejauh 17.67km dengan 80% mengelilingi tasik di Putrajaya. Acara ini diadakan sempena Karnival Usahawan Desa yang telah berlangsung di Putrajaya.
Bergaya di tapak pelepasan sebelum mula berkayuh
Berehat setelah mendaki bukit yang mencabar di KM11. Cara brader baju biru tu berdiri sudah mengambarkan bagaimana mencabarnya bukit yang baru dilalui.
Berehat buat kali yang kedua.
Acara penutup dan cabutan bertuah yang tidak bertuah.
Saturday, 21 September 2013
Kayuhan Ceria September 2013 @Putrajaya 10km
Kayuhan sejauh 10km ini bermula di Kementerian Sumber Asli. Kayuhan kali ini adalah santai dengan kebanyakan laluan adalah jalan rata. Hanya terdapat 2 pendakian bukit sahaja.
Sesi regangan otot...
Ucapan daripada Presiden Perbadanan Putrajaya
Bersedia untuk berlepas
Berehat seketika
Berehat sambil makan Choki-Choki yang dibekalkan oleh pihak urusetia
Berhenti seketika memberi laluan peserta Reebok Challenge
Ke garisan penamat
Dosa Dengan Allah dan Dosa Sesama Manusia
JIKA
kita melakukan dosa dengan Allah, kita boleh memohon keampunan dan
bertaubat. Insyallah sekiranya kita betul-betul ikhlas dosa tersebut
Allah ampunkan.
TETAPI jika
kita melakukan dosa sesama manusia adalah lebih sukar untuk dosanya
diampunkan. Sebagai contoh sekiranya kita mengutuk dan membuat fitnah
kepada seseorang, setelah kita sedar dengan kesilapan kita, bagaimana
untuk kita memohon maaf dengannya sekiranya orang itu telah meninggal
atau sukar untuk bertemu. Dan orang tersebut juga belum tentu memaafkan
kita, sekiranya kita memohon maaf. Apabila kita mengutuk atau menfitnah
seseorang, pahala akan diberikan kepadanya. Oleh itu sebenarnya,
pahalanya orang yang difitnah atau dikutuk itu lebih banyak dari dosa
yang mungkin telah dia lakukan. Oleh itu, jagalah kata-kata kita dari
mengutuk dan membuat perkara yang tidak baik tentang orang. Kurangkan
membuat dosa dengan sesama manusia dengan sering menjaga hati dan
perasaan orang lain. Walaupun orang buat kepada kita, kita hanya
beristigfar dan memohon Allah mengampunkan dosanya. Istigfar adalah
punca kepada segala ubat, ianya mampu menenangkan kita dari melawan
balik kepada kejahatan yang telah dilakukan oleh orang lain kepada
kita..
KEKUATAN SEBENAR SEORANG MANUSIA
Dalam riwayat Abu Hurairah dikatakan orang yang kuat tidaklah yang
kuat dalam bergelut, namun mereka yang boleh mengawal dirinya ketika
marah (H.R. Malik).
Dan dalam riwayat Abu Said al-Khudri, Rasulullah saw bersabda
sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat reda,
sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat reda
(H.R.Ahmad).
Marah adalah satu sifat yang tidak boleh dielakkan dan ada dalam hati setiap manusia apabila berlaku situasi yang tidak kita ingini. Ketika seseorang sedang berada dalam keadaan marah, akal serta fikirannya tertutup dan saat itu syaitan akan mengambil kesempatan untuk menghasut kita buat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sebagai contoh mencarut, mencederakan diri sendiri, membunuh dan sebagainya. Selepas kemarahan sudah reda, seseorang itu akan kesal setelah ia sedar dengan kelakuannya yang salah itu. Tetapi segalanya sudah terjadi dan tidak boleh diundur. Sebaliknya sekiranya kita dapat mengawal kemarahan dan bertindak dengan lebih rasional, kita akan lebih tenang dan kuat selepas kemarahan reda. Tidak guna kita mempunyai kekuatan fizikal dengan saiz badan yang sasa tetapi apabila berada dalam keadaan marah mereka tewas dengan hasutan syaitan. Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w. mengajarkita mengucap Ta’awudz “A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk” bagi menghalau syaitan yang cuba menganggu pertimbangan kita ketika sedang marah. Dunia akan menjadi lebih aman sekiranya manusia boleh mengawal kemarahan mereka.
Antara cara-cara bagi mengawal diri kita apabila berada dalam keadaan marah ialah:
1) Mengubah posisi ketika marah. Sekira kita marah ketika sedang
berdiri maka hendaklah kita duduk, dan jika kita sedang duduk maka
hendaklah kita berbaring. Cara ini dalah sebagaimana yang diterangkan
dalam sabda Rasullulah s.a.w “ Marah itu daripada Syaitan, maka apabila
salah seorang diantara kamu dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila
dalam keadaan duduk maka berbaringlah” (Riwayat Asy-Syaikhany).
2) Berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana
sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara
kamu marah maka diamlah.” (Riwayat Ahmad).
3) Terus-menerus berzikir kerana zikir adalah senjata utama bagi
segala masalah. Berzikir akan memberikan kita kekuatan tenaga yang
seterusnya memberi tindak balas positif kepada akal kita. Langkah ini
akan menghindarkan kita dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya
ketika sedang marah. Allah telah menjelaskan bahwa hati manusia akan
tenang dan tenteram dengan mengingat Allah. Allah berfirman :Sangatlah
dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram(Ar-Raf : 28).
Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk bertenang dan melakukan apa
yang telah diajarkan oleh Islam bagi mengawal kemarahan. Secara
kesimpulannya kekuatan sebenar seseorang manusia adalah bukan kerana
fizikalnya yang besar, bukan kerana kuatnya memukul orang, bukan kerana
aktifnya bersukan tetapi kerana tenangnya mengawal kemarahan.
Sunday, 15 September 2013
NST CYBERJAYA GREEN RIDE 2013
Menunggu VIP untuk acara pelepasan
Berehat seketika di KM8.6 sebelum mengharungi jalan mendaki bukit
Sebahagian daripada 1,200 perseta
Berehat sambil memerhati gelagat manusia
Saturday, 14 September 2013
Menjengah ke belakang ketika berjalan...
Ketika kita sedang berjalan laju ke hadapan, adalah penting untuk kita toleh ke belakang sedikit bagi memastikan kita terus laju berjalan. Kita perlu toleh dan melihat balik dari mana kita datang dan asal usul kita.
Kita juga perlu melihat orang yang telah mengajar kita berjalan dan orang yang telah kita tinggalkan.
Tanya khabar dan bantu mereka supaya sama-sama dapat berjalan seperti kita.
Kerana kebahagian akan dapat dicapai sekiranya kita dapat berjalan bersama-sama dan beramai-ramai. Tidak guna sekiranya kita berjalan laju tetapi kita berjalan sorang-sorang tanpa teman.
Subscribe to:
Posts (Atom)