Sunday 29 September 2013

KUD PUTRAJAYA CYCLING 2013




Acara kayuhan kali ini melibatkan kayuhan sejauh 17.67km dengan 80% mengelilingi tasik di Putrajaya. Acara ini diadakan sempena Karnival Usahawan Desa yang telah berlangsung di Putrajaya.


Bergaya di tapak pelepasan sebelum mula berkayuh

 






 
 
 


 



Berehat setelah mendaki bukit yang mencabar di KM11. Cara brader baju biru tu berdiri sudah mengambarkan bagaimana mencabarnya bukit yang baru dilalui.

Berehat buat kali yang kedua.


Acara penutup dan cabutan bertuah yang tidak bertuah.

Saturday 21 September 2013

Kayuhan Ceria September 2013 @Putrajaya 10km



Create Maps or search from 80 million at MapMyRide

Kayuhan sejauh 10km ini bermula di Kementerian Sumber Asli. Kayuhan kali ini adalah santai dengan kebanyakan laluan adalah jalan rata. Hanya terdapat 2 pendakian bukit sahaja.





Sesi regangan otot...
 

Ucapan daripada Presiden Perbadanan Putrajaya

Bersedia untuk berlepas

Antara sebahagian daripada perserta Kayuhan Ceria



 
Berehat seketika

Berehat sambil makan Choki-Choki yang dibekalkan oleh pihak urusetia

Berhenti seketika memberi laluan peserta Reebok Challenge

Ke garisan penamat
















Dosa Dengan Allah dan Dosa Sesama Manusia

JIKA kita melakukan dosa dengan Allah, kita boleh memohon keampunan dan bertaubat. Insyallah sekiranya kita betul-betul ikhlas dosa tersebut Allah ampunkan.

TETAPI jika kita melakukan dosa sesama manusia adalah lebih sukar untuk dosanya diampunkan. Sebagai contoh sekiranya kita mengutuk dan membuat fitnah kepada seseorang, setelah kita sedar dengan kesilapan kita, bagaimana untuk kita memohon maaf dengannya sekiranya orang itu telah meninggal atau sukar untuk bertemu. Dan orang tersebut juga belum tentu memaafkan kita, sekiranya kita memohon maaf. Apabila kita mengutuk atau menfitnah seseorang, pahala akan diberikan kepadanya. Oleh itu sebenarnya, pahalanya orang yang difitnah atau dikutuk itu lebih banyak dari dosa yang mungkin telah dia lakukan. Oleh itu, jagalah kata-kata kita dari mengutuk dan membuat perkara yang tidak baik tentang orang. Kurangkan membuat dosa dengan sesama manusia dengan sering menjaga hati dan perasaan orang lain. Walaupun orang buat kepada kita, kita hanya beristigfar dan memohon Allah mengampunkan dosanya. Istigfar adalah punca kepada segala ubat, ianya mampu menenangkan kita dari melawan balik kepada kejahatan yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita..

KEKUATAN SEBENAR SEORANG MANUSIA


Kekuatan seseorang manusia diukur bagaimana dia boleh mengawal kemarahan atau dalam erti kata lain “sabar”.

Dalam riwayat Abu Hurairah dikatakan orang yang kuat tidaklah yang kuat dalam bergelut, namun mereka yang boleh mengawal dirinya ketika marah (H.R. Malik).

Dan dalam riwayat Abu Said al-Khudri, Rasulullah saw bersabda sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat reda, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat reda (H.R.Ahmad).

Marah adalah satu sifat yang tidak boleh dielakkan dan ada dalam hati setiap manusia apabila berlaku situasi yang tidak kita ingini. Ketika seseorang sedang berada dalam keadaan marah, akal serta fikirannya tertutup dan saat itu syaitan akan mengambil kesempatan untuk menghasut kita buat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sebagai contoh mencarut, mencederakan diri sendiri, membunuh dan sebagainya. Selepas kemarahan sudah reda, seseorang itu akan kesal setelah ia sedar dengan kelakuannya yang salah itu. Tetapi segalanya sudah terjadi dan tidak boleh diundur. Sebaliknya sekiranya kita dapat mengawal kemarahan dan bertindak dengan lebih rasional, kita akan lebih tenang dan kuat selepas kemarahan reda.  Tidak guna kita mempunyai kekuatan fizikal dengan saiz badan yang sasa tetapi apabila berada dalam keadaan marah mereka tewas dengan hasutan syaitan. Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w. mengajarkita mengucap Ta’awudz “A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk” bagi menghalau syaitan yang cuba menganggu pertimbangan kita ketika sedang marah. Dunia akan menjadi lebih aman sekiranya manusia boleh mengawal kemarahan mereka.

Antara cara-cara bagi mengawal diri kita apabila berada dalam keadaan marah ialah:

1)      Mengubah posisi ketika marah. Sekira kita marah ketika sedang berdiri maka hendaklah kita duduk, dan jika kita sedang duduk maka hendaklah kita berbaring. Cara ini dalah sebagaimana yang diterangkan dalam sabda Rasullulah s.a.w “ Marah itu daripada Syaitan, maka apabila salah seorang diantara kamu dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah” (Riwayat Asy-Syaikhany).

2)      Berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.” (Riwayat Ahmad).

3)      Terus-menerus berzikir kerana zikir adalah senjata utama bagi segala masalah. Berzikir akan memberikan kita kekuatan tenaga yang seterusnya memberi tindak balas positif kepada akal kita. Langkah ini akan menghindarkan kita dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika sedang marah. Allah telah menjelaskan bahwa hati manusia akan tenang dan tenteram dengan mengingat Allah. Allah berfirman :Sangatlah dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram(Ar-Raf : 28).

Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk bertenang dan melakukan apa yang telah diajarkan oleh Islam bagi mengawal kemarahan. Secara kesimpulannya kekuatan sebenar seseorang manusia adalah bukan kerana fizikalnya yang besar, bukan kerana kuatnya memukul orang, bukan kerana aktifnya bersukan tetapi kerana tenangnya mengawal kemarahan.

Sunday 15 September 2013

NST CYBERJAYA GREEN RIDE 2013





Create Maps or search from 80 million at MapMyRide






Berdiri dalam keadaan bersedia untuk berbasikal 20km

Menunggu VIP untuk acara pelepasan

Berehat seketika di KM8.6 sebelum mengharungi jalan mendaki bukit

Sebahagian daripada 1,200 perseta

Berehat sambil memerhati gelagat manusia





Saturday 14 September 2013

Menjengah ke belakang ketika berjalan...


Ketika kita sedang berjalan laju ke hadapan, adalah penting untuk kita toleh ke belakang sedikit bagi memastikan kita terus laju berjalan. Kita perlu toleh dan melihat balik dari mana kita datang dan asal usul kita. 

 

Kita juga perlu melihat orang yang telah mengajar kita berjalan dan orang yang telah kita tinggalkan. 

 

Tanya khabar  dan bantu mereka supaya sama-sama dapat berjalan seperti kita. 

 

Kerana kebahagian akan dapat dicapai sekiranya kita dapat berjalan bersama-sama dan beramai-ramai. Tidak guna sekiranya kita berjalan laju tetapi kita berjalan sorang-sorang tanpa teman.