Wednesday 1 January 2014

Bkt Mahkota Bangi Charity Ride



Bkt Mahkota Bangi Charity Ride merupakan untuk mencari dana bagi disumbangkan kepada pembinaan masjid di Bdr Bukit Mahkota iaitu "Masjid At-Taqwa". Lokasi permulaan kayuhan ini juga diadakan di tapak cadangan pembinaan masjid tersebut. Apa yang lebih menarik kayuhan ini juga disertai oleh ustaz Don Danial. Jarak kayuhan ini sejauh 16.16 km melalui kawasan perumahan Bukit Mahkota dan pekan Bangi lama.




Create Maps or search from 80 million at MapMyRide


Tazkirah pendek dari Ustaz Don








Monday 23 December 2013

Senarai terkini kayuhan

      Jarak Tarikh T-Shirt Yuran (RM)
1   Kayuhan Belia Ehsan Selangor Sepang  13.77 km 14-Dec-13    √ Free
2   Kayuhan 1 Senyuman Shah Alam 26.28 km 7-Dec-13    √ 30
3   Kayuhan Ceria November  Putrajaya 19.73 km 24-Nov-13    x Free
4   Cycle To Change Diabetes  Putrajaya 11.67 km 9-Nov-13    √ 35
5   KUD PUTRAJAYA CYCLING 2013 Putrajaya 17.67 km 28-Sep-13    √ Free
6   Kayuhan Ceria September 2013  Putrajaya 10.02 km 22-Sep-13    x Free
7   NST CYBERJAYA GREEN RIDE 2013 Putrajaya 20.01 km 14-Sep-13    √ 10
8   Kayuhan Ceria Ogos 2013  Putrajaya 12 km 25-Aug-13    x Free
               
  JUMLAH   131.15 km   5 Helai 75
































Sunday 22 December 2013

Sepang Di jajah- Kayuhan Belia Ehsan Selangor 14 Disember 2013 13.77km

Selepas Shah Alam di jajah kini Sepang menjadi lokasi kayuhan kali ini. Walaupun jarak Kayuhan Belia Ehsan Selangor ini melibatkan hanya 13.77km tetapi pendakian 5 bukit membuatkan kayuhan kali ini agak mencabar.



Create Maps or search from 80 million at MapMyRide














Kayuhan 1 Senyuman 7 Disember 2013


Kayuhan 1 Senyuman di Shah Alam ini merupakan aktiviti kayuhan pertama di luar kawasan Putrajaya. Kayuhan ini juga kayuhan yang paling jauh pernah disertai setakat ini.


Create Maps or search from 80 million at MapMyRide


Berbincang mengenai formasi kayuhan

Senyum sebelum kayuh












Thursday 28 November 2013

Kayuhan Ceria November 19.73km

Kayuhan ceria kali ini adalah kayuhan yang paling jauh dengan perjalanan sejauh 19.73km. 2 orang artis juga telah turut serta dalam kayuhan pada kali ini aitu Qi dan Nelydia.





Create Maps or search from 80 million at MapMyRide





Bersedia di lokasi pelepasan..



Laluan mendaki bukit jambatan PICC (KM 2.11).
Laluan masuk mengelilingi tasik Putrajaya (KM3.19)
Laluan belakang Hotel Pullman (KM 4.38)

Melintasi pantai buatan Putrajaya (KM 4.81)

Laluan jalan belakang Putrajaya melalui Presint 20 (KM 8.76)

Checkpoint pertama - berehat sebentar ditengah jambatan KM 10.62



Laluan mendaki bukit kearah PICC (KM 11.2)

Sekali lagi mendaki bukit jambatan PICC

Melalui Masjid Besi (KM15.23)
Melintasi Monumen Alaf Baru (KM16.12)

Monday 18 November 2013

Cycle To Change Diabetes 11.67km


Program Cycle To Change Diabetes adalah anjuran Hospital Putrajaya dan Novo Nordisk. Hampir 1,000 peserta telah menyertai program ini dengan peserta termuda berumur 6 tahun. Laluan sejauh 11.67km ini melalui jalan besar di Putrajaya dan taman Wetland. Acara ini diadakan sempena Hari Diabetes Sedunia. Ia disambut bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Diabetes boleh dikawal melalui mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
Menurut satu kajian pada tahun 1996, dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa di Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes. Oleh itu, jom kayuh......




Create Maps or search from 80 million at MapMyRide



Bersedia menanti acara pelepasan seawal 7.00 pagi..



 
Acara pelepasan











Sebahagian acara yang diadakan untuk kanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun sejauh 500m - 1km. Soo cutee...





SAYA "LOVE" BERSENAM 
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan seterusnya dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik