Monday 18 November 2013

Cycle To Change Diabetes 11.67km


Program Cycle To Change Diabetes adalah anjuran Hospital Putrajaya dan Novo Nordisk. Hampir 1,000 peserta telah menyertai program ini dengan peserta termuda berumur 6 tahun. Laluan sejauh 11.67km ini melalui jalan besar di Putrajaya dan taman Wetland. Acara ini diadakan sempena Hari Diabetes Sedunia. Ia disambut bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Diabetes boleh dikawal melalui mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
Menurut satu kajian pada tahun 1996, dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa di Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes. Oleh itu, jom kayuh......




Create Maps or search from 80 million at MapMyRide



Bersedia menanti acara pelepasan seawal 7.00 pagi..



 
Acara pelepasan











Sebahagian acara yang diadakan untuk kanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun sejauh 500m - 1km. Soo cutee...





SAYA "LOVE" BERSENAM 
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan seterusnya dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik

No comments:

Post a Comment