Thursday 28 November 2013

Kayuhan Ceria November 19.73km

Kayuhan ceria kali ini adalah kayuhan yang paling jauh dengan perjalanan sejauh 19.73km. 2 orang artis juga telah turut serta dalam kayuhan pada kali ini aitu Qi dan Nelydia.





Create Maps or search from 80 million at MapMyRide





Bersedia di lokasi pelepasan..



Laluan mendaki bukit jambatan PICC (KM 2.11).
Laluan masuk mengelilingi tasik Putrajaya (KM3.19)
Laluan belakang Hotel Pullman (KM 4.38)

Melintasi pantai buatan Putrajaya (KM 4.81)

Laluan jalan belakang Putrajaya melalui Presint 20 (KM 8.76)

Checkpoint pertama - berehat sebentar ditengah jambatan KM 10.62



Laluan mendaki bukit kearah PICC (KM 11.2)

Sekali lagi mendaki bukit jambatan PICC

Melalui Masjid Besi (KM15.23)
Melintasi Monumen Alaf Baru (KM16.12)

Monday 18 November 2013

Cycle To Change Diabetes 11.67km


Program Cycle To Change Diabetes adalah anjuran Hospital Putrajaya dan Novo Nordisk. Hampir 1,000 peserta telah menyertai program ini dengan peserta termuda berumur 6 tahun. Laluan sejauh 11.67km ini melalui jalan besar di Putrajaya dan taman Wetland. Acara ini diadakan sempena Hari Diabetes Sedunia. Ia disambut bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Diabetes boleh dikawal melalui mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
Menurut satu kajian pada tahun 1996, dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa di Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes. Oleh itu, jom kayuh......




Create Maps or search from 80 million at MapMyRide



Bersedia menanti acara pelepasan seawal 7.00 pagi..



 
Acara pelepasan











Sebahagian acara yang diadakan untuk kanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun sejauh 500m - 1km. Soo cutee...





SAYA "LOVE" BERSENAM 
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan seterusnya dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik

Smartphone/Computer Table vs Keluarga

Tawaran pakej yang menarik serta kemampuan membeli telah mendorong kepada kebanjiran computer tablet dan smartphone di dalam masyarakat Malaysia. Kadar penembusan pemilikan telefon mudah alih di Malaysia telah mencapai lebih dari 140%. Ini menunjukkan secara purata ramai rakyat Malaysia yang memiliki lebih dari 2 telefon. Daripada jumlah tersebut diyakini hampir kesemuanya memiliki smartphone. Jika dilihat dari segi aspek ekonomi, data tersebut telah menunjukan satu petanda positif kepada perkembangan sector ICT di Malaysia. Selari dengan perkembangan tersebut, platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram juga telah wujud yang secara langsung telah memberi kesan kepada lifestyle rakyat di Malaysia.

Dari segi virtual, situasi ini telah akan menjadikan rakyat Malaysia lebih akrab dan mudah dihubungi melalui perhubungan di alam maya. Penyebaran maklumat telah menjadi lebih pantas mudah diperolehi. Cara bekerja juga lebih fleksibel dengan tanpa perlu sentiasa berada di pejabat.

TETAPI realitinya persekitaran tersebut sebenarnya telah merenggangkan perhubungan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Anak-anak lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan di Facebook. Ibu bapa sentiasa dengan ipad atau netbook bagi membalas email-email di pejabat.

Contoh yang paling jelas ialah di kedai makan. Berdasarkan pemerhatian mata kasar di kedai-kedai makan, saya sangat seronok melihat satu keluarga besar makan bersama di kedai. TETAPI apa yang saya lihat tidak menggambarkan suasana sebenar keluarga tersebut. Walaupun dari segi fizikal mereka duduk bersama satu meja, tetapi sebenarnya hati dan fikiran masing-masing bersama dengan rakan masing-masing. Ia nya berlaku kerana:

Si anak bungsu – sedang bermain multiplayer game bersama rakan-rakan online

Si anak Sulung – sedang ber’Facebook’ dan comment gambar atau post rakan-rakan

Si Ayah – sedang berbalas email dengan rakan pejabat

Si ibu – sedang ber’Whatsapp’ dengan group chat di pejabat




Semuanya kerana setiap ahli didalam keluarga tersebut memiliki smartphone atau computer table. Anak-anak lebih gemar berkomunikasi dan bermain game dengan rakan-rakan di alam maya berbanding berborak atau berjenaka dengan ibu atau bapa yang berada di depan mata. Manakala ibu dan ayah sibuk dengan urusan pejabat masing-masing. Tidak salah sebenarnya memiliki atau menggunakan gajet-gajet tersebut tetapi, bapa sebagai ketua keluarga perlu memainkan peranan bagi mengawal pengunaan gajet elektornik yang boleh memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan. Sebagai contoh bapa perlu menetapkan syarat penggunaan telefon atau apa gajet eletronik tidak dibenarkan ketika di meja makan. Jangan sampai satu hari anak-anak lebih sayangkan smartphone atau computer table berbanding ibu dan bapa.

Monday 4 November 2013

Kayuhan Santai Taman Saujana HijauPresint 11


Taman Saujana Hijau merupakan antara trek berbasikal yang paling indah dan tenang. Taman yang seluas 41 hektar ini dikelilingi rimbunan pepohon subur dan pokok pain menghiasi kawasan bukit-bukau. Berada di taman ini seolah-olah berada di salah sebuah taman di Eropah. Berbasikal pada sekitar jam 8.00am - 10.00am adalah antara waktu terbaik menikmati hembusan kesejukan udara di bukit taman ini.

Apabila berdiri di tengah-tengah antara dua bukit ini akan kelihatan dua bukit itu seperti lengkuk biola. Terdapat 3 astaka di sekitar taman ini yang berkonsepkan Inggeris, China dan Eropah. Puncak tertinggi taman ini terletak di Astaka Eropah.

Memandangkan taman ini adalah sebahagian daripada bukit-bukau di Presint 11, ia menawarkan kawasan pemandangan di mana pengunjung boleh melihat hampir 360 darjah persekitaran Putrajaya. Kebanyakan mercu tanda boleh dilihat dari sini.
 
Satu bulatan mengelilingi lereng 2 bukit di taman ini sejauh lebih kurang 3km. Memandangkan cerun dan teres tanah dikekalkan, pengayuh basikal perlu melalui laluan mendaki bukit beberapa kali di taman ini.





Create Maps or search from 80 million at MapMyRide












 

Sunday 3 November 2013

Pakej Percutian 5 hari 4 malam di PNMB



Setelah beberapa bulan memperhambakan diri di pejabat bagi menyediakan laporan ekonomi Negara, kini semuanya telahberakhir untuk tahun 2013. Tahun ini, telah memberikan satu pengalaman yang sedikit berbeza berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun proses kerja masih lagi sama.

Sokongan rakan sepasukan dan kekuatan mental adalah antara elemen yang paling penting bagi menyiapkan dokumen ini. Antara cabaran yang telah menguji kekuatan mental ialah apabila terpaksa bekerja lebih dari 17 jam di PNMB.

 



Dikala ramai yang berpusu-pusu untuk balik awal untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari raya aidiladha, kami di PNMB melawan arus bekerja hingga lewat malam raya....


 





Berbanding dengan tahum-tahun sebelumnya proses kerja tidak banyak berbeza..

 
Sebahagian daripada proses kerja di PNMB..

Menunggu detik-detik terakhir sign-off adalah antara perkara yang paling memenatkan. Dalam pada masa yang sama draft ER perlu dibaca berulang kali bagi memastikan tiada kesalahan terutamanya data yang dimasukkan.




 Tepat jam 3.50 pagi 17 Oktober 2013, Tan Sri KSP telah menandatangi borang "Peruf Bersih" menandakan Laporan Ekonomi bagi Chapter 3 boleh dicetak...